November 25, 2008
· Filed under Lirik lagu, Me.Only Me.
Faizal Tahir - Cuba
Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu..
Lagu ni terngiang-ngiang di telinga. Tapi hanya ada liriknya sahaja, lagunya masih belum jumpa. Rasa macam sesuai untuk ditujukan kepada seorang teman. Walaupun sentiasa disisi, tapi aku rasa kau terlalu jauh denganku. Sukarnya untuk kumengerti semua ini. Sikapmu sukar diduga. Sampai bila harus aku begini. Kadang-kadang rimas juga, tapi apakan daya. Berserah pada ketentuanNya.
November 9, 2008
· Filed under Lirik lagu
BAU - Warkah
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
November 7, 2008
· Filed under Tazkirah Hati
Dok belek-belek inbox email tadi, terjumpa artikel nie. Amat berguna untuk aku disituasi skarang. Alhamdulillah, sekarang nie semangat aku dah pulih, emosi pon sudah stabil. Malas nak pikir hal-hal yang boleh menyemakkan otak. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. setiap permasalahan yang mendatang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Semoga perjuanganku diredhaiNya. Semoga kita sentiasa bersyukur…
*******************************************
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
*******************************************
November 2, 2008
· Filed under Frendzzz
Ahad lepas aku pegi Melaka, memenuhi jemputan kenduri kawin boki boki ku.. Eerghh.. gila surprise, lama tak dengar cite tup-tup dah kawin dah dia.. Pink lagi..errr anis, sejak bila ko minat pink *wink*wink*. Ni aku upload gambar si pengantin pink nie.. maap ye kalo gambar kurang jelas, den guno camera handphone jer..
Apepon, Selamat Pengantin Baru buat Anis & Reza, semoga berbahagia sehingga ke hujung usia. Cepat-cepat beranak ye bok!

aksi terencat dah kurang.. syabas!
October 29, 2008
· Filed under Me.Only Me.
Semalam, aku menangis sepuasnya. Selepas bercakap dengan seorang teman melalui telefon & berbincang serba sedikit dengan seorang lagi teman melalui YM (if you read this - you know who you are) aku berasa lega. Alhamdulillah, aku mampu tersenyum semula. Whatever happens, life must go on! Ya, seharusnya aku berusaha mengatasi segala masalah ni, bukannya terus meratap menangis.
Hari ini..aku mengumpul segala kekuatan, memulakan hariku dengan ceria dan gembira. Aku taknak jadi lemah. Aku harus kuat dan cekal untuk hadapi semua ini. Ini jalan yang aku pilih. Aku tak perlu menyesal. Aku harus bangkit meneruskan perjuangan ini semula, walaupun seorang diri. Aku harus belajar untuk lebih berdikari. Jangan terus bergantung pada orang lain. Aku juga tak seharusnya tewas dengan mainan emosi ciptaan aku sendiri. Aku pantang menyerah kalah. Aku takkan biarkan orang lain menjadi pencuri impianku. Aku yakin, kejayaan pasti jadi milikku.
Setiap masalah yang mendatang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Teringat kata-kata bos ku, “hanya ada 2 golongan manusia yang takde masalah di dunia ni; iaitu orang gila dan orang mati! Kalau kamu taknak ada masalah, kamu jadi GILA atau kamu pergi MATI!”. Hari ni aku sedar, setiap masalah yang hadir tu sebenarnya adalah ujian Allah untuk menguji keteguhan imanku dan sejauh mana kebergantunganku kepadaNya. Ya Allah, betapa selama ini aku lalai terhadapMu. Ampunkan aku Ya Allah…
Takziah untuk KakMekna sekeluarga di atas pemergian neneknya yang meninggal dunia Subuh tadi. AlFatihah…
October 28, 2008
· Filed under Me.Only Me.
Aku hilang fokus pada kerja. Aku hilang tumpuan. Serba serbi yang aku buat rasa macam tak kena. Aku cuba untuk tidak memikirkan segala permasalahan yang membelenggu. Aku cuba kuatkan semangat, cekalkan hati ku… tapi semakin kuat aku melawan, semakin menebal rasa gundah melanda hatiku. Aku tewas dengan mainan perasaanku sendiri.
Malam tadi air mata ini mengalir lagi. Air mata kekesalan, air mata kerisauan, air mata kerinduan. KESAL! Aku kesal dengan diriku sendiri. Aku seakan hilang arah, tak tahu ke mana hala tujuku. Aku hilang keyakinan. Aku jadi lemah untuk terus mengorak langkah. Kenapa aku harus begini? Kenapa semua ini harus terjadi kepadaku? RISAU! Aku risau memikirkan keadaanku macam ni. Aku taknak jadi pemurung. Aku taknak terus hanyut dengan emosi sebegini. Aku mengharapkan sinar hadir untukku. Layakkah aku untuk mengecap sinar itu..? RINDU! Ya, aku rindukan Rynie yang dulu. Rynie yang ceria. Rynie yang periang.
Kadangkala aku cemburu melihat teman-temanku yang lain. Dalam usia sepertiku, mereka sudah punya kerjaya yang mantap, keluarga yang bahagia dan mereka melalui kehidupan yang penuh dengan ketenangan. Terdetik juga rasa rendah diri terhadap mereka. Namun, jauh di sudut hati aku turut bahagia melihat kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Tapi aku? Kenapa apa yang aku rancang sukar untuk jadi kenyataan? Di mana silapku? Apa salahku? Satu persoalan yang terlalu rumit untuk aku rungkaikan.
Doakan aku temui jawapan untuk setiap persoalan itu.
October 28, 2008
· Filed under Me.Only Me.
MARAH adalah kunci segala keburukan
MARAH menjadi keburukan yang sangat parah, apabila dilepaskan kepada orang lain
Orang yang MARAH membuka mulutnya tetapi menutup matanya
Orang yang MARAH selalu menyimpan racun dalam hatinya
KEMARAHAN itu bagai api yang meniup pada lampu dalam fikiran
KEMARAHAN yang tidak dikekang, sering lebih menyakitkan bagi kita daripada perbuatan yang menimbulkan kemarahan itu
Ya, hari tu aku terlalu marah. Marahku bersebab. Aku kecewa dan kesal dengan sikapmu. Kerana marahku, kau pergi menjauh. Terpulanglah, kalau itu cara yang kau mahu, aku hormati keputusanmu. Aku tak berdendam denganmu, tapi aku perlukan kejujuran dan keikhlasan darimu. Teman, Maafkan aku.
October 24, 2008
· Filed under Me.Only Me.
Ingin kucoretkan kisahku disini. Kisah suka dukaku dalam menempuhi ranjau hidup yang penuh liku. Hanya aku yang tahu tentang diriku. Hanya aku yang mengerti segala apa yang terjadi padaku.
Beberapa hari yang lalu, seorang adik menegurku.. “Kak, akhir-akhir ni nampak macam tak ceria..” aku hanya tersenyum, gelak mendengar kata-katanya.. “senyumanmu hanya pura-pura.. kak, saya dah besar, umur saya dah 24 tahun, saya dapat baca raut wajahmu kak.. kenapa..?” Aku senyum lagi, terus berlalu..
Malah ada beberapa teman lain turut melontarkan persoalan yang sama padaku. Rupanya ada insan prihatin yang sedar akan perubahanku. Kuingat senyuman dan gelak tawaku sudah cukup untuk aku menutup duka yang melanda diriku, menceriakan suasana, tapi kata mereka keceriaanku tak sama seperti dulu, mereka turut menyedari ada duka dihatiku yang membuatkan aku tak seceria dulu, tak gembira macam hari-hari yang lalu. Apa yang harus aku katakan pada mereka? Perlukah aku bercerita dengan semua tentang apa yang berlaku terhadap diriku? Kekalutan jiwa dan kecelaruan fikiran yang menimpa aku? Sedangkan aku sendiri keliru memikirkan tentang diriku.
Keliru… ya, memang aku keliru..